Monday, July 14, 2014

Setiap Ayat Ada Maksudnya

Sedih kan bila kita dah terima seseorang untuk jadi sebahagian dari hidup kita tapi akhirnya kita terpaksa belajar untuk terima kenyataan yang dia bukan milik kita lagi :(

Semoga kita MELIHAT kebahagiaan orang lain yang tidak pernah kita kecapi itu, masih mampu membuat kita TERSENYUM, REDHA dengan ketetapan-Nya, dan BERSANGKA BAIK dengan aturan-Nya. ~

Ketika kita berhenti mengejar apa yang bukan untuk kita,
Allah akan mempertemukan pula kita dengan yang terbaik untuk diri kita.~

ORANG yang HEBAT bukannya orang yang mampu MENCURI banyak HATI, tetapi ORANG yang HEBAT adalah orang yang mampu MENJAGA satu HATI, dan SETIA pada satu HATI untuk SELAMANYA.

Kadangkala perempuan menangis dihadapan lelaki yang dia sayang bukan dia lemah. Tapi walau apa cara sekali pun dia terangkan lelaki itu tetap tak mahu nk faham hatinya.. Bukan dia sengaja nak mengada-ngada menjual air mata, tetapi dengan ara itu sahaja dia mampu melahirkan rasa kecewa dia pada lelaki yang dia sayang..

Saat diri ini belajar menjadi manusia yang lebih kuat dalam dunia yang luas dan sesak ini.
Diri ini tahu akan selalu ada Allah yang menemani setiap langkahku menuju ke jalan kebenaran.


Kadang kia tak mampu nak jadi yang semnpurna dalam hidup seseorang, tetapi kita cuba buat yang terbaik untuk orang yang kita sayang.

Perempuan atau lelaki sama sahaja, mereka akan rasa cemburu jika pasangan mereka rapat dengan orang lain walaupun sahabat mereka sendiri.

Jangan layan seorang perempuan itu lebih dari seorang kawan kalau awak cuma ingat berkawan dengannya. Kerana hati perempuan mudah terusik, perempuan mudah jatuh hati pada seseoranbg yang rapat dengannya.

Orang yang kita mesej hari-hari belum tentu akan jadi jodoh kita. Mungkin orang yang jarang berhubung dengan kita itulah jodoh kita sebenarnya.

Bercinta tak perlu orang tahu, takut nanti ada yang cemburu, bercinta diam-diam adalah sebaiknya. ~

No comments:

Post a Comment