Saturday, July 12, 2014

Segalanya Tentang Kata-Kata

Bersama tidak semestinya bahagia, berpisah juga tidak semestinya duka.
Yang penting kita pernah mengukir suatu kenangan walaupun tidak selamanya .

Mungkin yang pergi itu cinta, tpi yang datang jodoh~
Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang,
Tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita. ~


Walau siapa pun awak,
Di mana pun awak berada,
Saya YAKIN awak tetap ada untuk saya.
Kerana saya tahu, Allah ciptakan makhluk itu BERPASANGAN ~ 

Sekuat manapun kasih sayang kita terhadap si dia,
Jika Allah tidak izinkan untuk bersama,
Apa yang mampu kita lakukan hanyalah doakan semoga dia bahagia selamanya.~

Belajarlah untuk kembali SENYUM apabila menghadapi musibah,
Kerana senyuman itu dapat meningkatkan kekuatan untuk terus melangkah kehadapan.~


Bila kita teringat dia, Itu RINDU.
Bila kita menangis untuk dia, Itu SAYANG.
Bila kita doakan kebahagiaan dia walaupun tak bersama, Itu CINTA. 

Kadang merasa lebih baik pendam perasaan itu sendiri daripada meluahkan kerana tak mudah untuk membuad seseorang itu faham.

Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu..

Kalau suatu hari nanti ditakdirkan awak jatuh hati pada seseorang yang lain, pastikan orang itu lebih baik dari saya sebab saya cuma nak awak bahagia walau siapa pun yang awak pilih.

Bila kita suka dekat seseorang tu, tak bermakna kita sayang dia, bila kita sayang seseorang tu, tak bermakna kita cinta dia, dan bila kita cinta seseorang tu, tak bermakna dia akan jadi milik kita.


No comments:

Post a Comment